Wednesday, October 6, 2010

Gabungan Batu Gem dan Manik

hi viewers semua...kadang kadang harga upah menjahit manik ini perlukan win win situation...biarlah upah itu menguntungkan kedua dua belah pihak...bagi si penjahit manik berbaloi dengan kudrat dan masa serta kos menghasilkan manik yang cantik dan pelanggan pun berpuas hati...ini merupakan rakan suami yang memberikan budget tertentu dan saya menjahit seperti budget yang dikendaki tetapi yang pasti tampak cantik dan mewah...kain ini sedikit lembut jadi design ini amatlah sesuai untuk menjadikan ia kelihatan eklusif....nampaknya bila ia siap terpancar senyumannya gembira...enjoys the picture



Kelas Jahitan Manik 2 October 2010

kelas kali ini dihadiri 5 pelajar.mungkin kerana masih dalam mood hari raya membataskan pelajar lain mendaftar kelas hari ini...memandangkan minggu terakhir bulan raya kebanyakan nya membuat open house sana sini.....namun begitu 5 pelajar ini dapat meluangkan masa satu hari hadir kelas saya untuk menimba ilmu jahitan manik dan labuci.

           Pelajar yang paling awal hadir ialah kak Siti dari Ipoh datangnya untuk belajar kelas manik saya...jauh bukan lah halangan untuk impiannya memastikan ilmu manik dalam gengaman.meyusul kemudian kehadiran pelajar kak Zaiyani yang bekerja di bank...selama ni dok membelek duit kali ni belek manik n labuci pula..kehadiran berikutnya kak Nori yang merupakan suri rumah tujuanya belajar kelas saya untuk menambah pendapatan disamping itu bolehlah menjahit di rumah jika selesai kerja rumah yang lain.manakala Anis menunggu saya di LRT STAR Cempaka, saya mengambil Anis yang merupakan pelajar kolej di Putrajaya dan Rin yang tidak tahu area Cempaka ini tersesat jalan..rin pula menceburi bahagian Insurans......tepat 10.30 bermula...agak lewat kelas bermula kali ini memastikan kehadiran semua pelajar .
           Kelas bermula dengan pengenalan jahitan manik dan bahan bahan yang diperlukan sebagai permulaan menjahit..persediaan itu penting memandangkan bahan bahan yang tidak lengkap akan melambat kan proses menjahit manik dan labuci...setelah pelajar memahami asas nya bermula dengan teknik paling asas iaitu jelujur 1,2,3 manik,tali air,manik tabur,manik rapat...setelah pelajar jahit semakin laju setetlah dapat 'tunemya' beralih ke pra sukar teknik pelbagai daun dan bunga termasuk shimmering flora yg di popularkan kak Nora...setelah tahu teknik nya amboi.... kak siti tersenyum panjang...manakala kak Zai menarik lafas lega dengan hasil ajhitan yang membanggakan.agi Rin teknik itu tidak sesusah yang dilihat di majaalah...begitu juga Hasil Kak Nori dan Anis tidak menghampakan...beralih juga ke teknik batu Gem dan gabungan manik tabur.cantik jika tahu tempatnya dan susunanya.lace juga jangan dipandang remeh...biasanya digunakan untuk baju perkahwinan...sudah tentu perlukan perincian mewah penuh manik dan labuci...pastinya pilihan sisik ikan dan jelujur manik dan tali air adalah tepat...hasilnya berkilauan lace itu sendiri.....kemudian kami berbual dan meyiapkan modul lain ...paling ditunggu sudah tentu crumble yang di popularkan oleh umi pepari design....asas teknik crumble merupakan manik tabur dan rapat tetapi lebihkan pengunaan manik pearl pelbagai size...dan istimewanya ia bermula kelas ini untuk sesi pengajaran crumble yang pertama....tanpa disedari masa sungguh mencemburui kami....selesai kelas pada pukul 8 mlm....alhamdulilah berakhir sudah satu episod minggu ini untuk segala ilmu yang ingin di share bersama pelajar tercinta....akhir kata muga dimanfaat kan segala yang dipelajari untuk diri mau pun tempahan....