Friday, May 14, 2010

What do the 'listing' and 'let search engines find your blog' settings do?

Azrin Beads Creation
Kelas Jahitan Manik dan Labuci
Gubahan Hantaran
Sewa hantaran

Thursday, May 6, 2010























Kelas Manik pada April 2010
alhamdulilah kursus manik telah selesai dengan lancar...student terdiri daripada kak Asiah,Ummu,Ainn n Kak Izan..sepanjang kelas diadakan kami berkongsi cerita dan pengalaman.apa yang saya suka mengenai kelas manik selain saya mencurah ilmu ,saya juga menerima ilmu dari pelajar yang lain dan petua,cerita dan pengalaman..malah saya dapat mengenali pelbagai orang berlainan latarbelakang...saya bangga kerana mereka yang hadir memberi sepenuhnya komitmen yang diperlukan...selain itu kesungguhan mereka fokus terhadap modul yg diajar layak di beri pujian...Kak asiah belajar menjahit untuk menjahit baju sendiri dan anak perempuannya kerana katanya setiap kali hari raya kos yang paling mahal adalah membeli baju...sudah tentu di hari perayaan kita memerlukan baju yg berlainan seperti hari biasa.katanya Baju yang sudah sedia ada manik dipasaran harganya memang mahal...saya bersetuju dengan kak Asiah,sepatutnya lebih ramai lagi kaum ibu tampil menghadiri kelas manik...boleh menjimatkan kos perbelanjaan Hari Raya malah boleh mengambil upah pula..Berlainan dengan Ainn,beliau memang minat menjahit manik....terserlah kesungguhannya masa menjahit..he he..Ummu pula ingin menambah kan pendapatan sampingan .....Kak Izan lepas ni bolehlah ambil tempahan bersama rakan sekerja...Harap Apa yang dipelajari dapat digunakan sebaik mungkin.Apa yang penting adalah latihan manjahit dan kesunguhan...Insyaallah





Wednesday, May 5, 2010

Berikut adalah butiran kelas untuk May 2010:
Bengkel Sehari Asas dan Pra lanjutan Jahitan Manik
RM170
Tarikh: 14 (Jumaat) atau 29 (sabtu) May '10

- Belajar 40 pattern/corak,Teknik Asas & Pra Lanjutan
- 10.00am - 7.30pm
- Bahan-bahan yang diberikan adalah milik anda (nota, kain, manik jepun, labuci, jarum, gunting, benang, bekas manik)
- Makan pagi,Makan tengahari dan minum petang disediakan
- Pelajar terhad 6 orang sahaja (untuk meberi tumpuan pada 6 pelajar)- Sijil Penyertaan diberikan
- Lokasi kelas : Apartment Pinggiran Cempaka,Ampang (hadapan LRT STAR Cempaka)

Bagaimana anda ingin menyertai kelas ini:-
Bayaran hendaklah di bayar kepada Pn Arni Azrin Bt Idris akaun MAYBANK 114208415879, Setelah membuat bayaran SILA BUAT PENDAFTARAN dengan menghantar butiran anda melalui SMS ke 016-2332844 Nyatankan butiran anda :
• Nama Penuh
• No. Kad Pengenalan
• Nyatakan Jenis Bengkel & Tarikh Bengkel. Cth : ( Siti Kamariah Bt Hussein , 792410-01- 2041 manik 08/05/2010)
• Sila simpan dan bawa resit untuk rujukan.
• Baki RM120.00 boleh dibayar semasa menghadiri kelas.

Modul Pembelajaran
* Pengenalan manik
* Kaedah asas menjahit
* Kaedah membentuk corak/flora/daun/abstrak
* kaedah penyesuaian warna
* Kaedah menekap corak

Berita baik mulai bulan May ini, saya telah melanjutkan kelas saya sehingga pukul 7.30pm dan sebagai bonus modul pattern/corak termasuk dalam package ialah jahitan manik diatas kain lace menggunakan manik dan labuci.Selain itu saya juga akan mengajar teknik menggunakan Swaroski Kristal di atas baju dan teknik patchwork.Yang paling istimewa saya akan mengajar sekali teknik Tassel iaitu manik berjurai yang biasanya diletakkan di hujung lengan baju @ tudung...

Tel : 016-2332844 (pukul 7pm keatas) atau email:azrinbeadscreation@yahoo.com
layari http://azrinbeads.fotopages.com